Saturday, September 13, 2008

JOM E-SHOPPING SAKAN KINI DIBUKA

Kini anda boleh membeli - belah, mempromosikan produk, mengiklankan produk, meluaskan pasaran jualan produk dan macam - macam lagi hanya dengan satu klik sahaja.

Semua ini hanya boleh diperolehi di E-Shopping Sakan kami disini. Jangan tunggu lagi ayuh kita Shopping Sakan ..... yaaahhhoooooo ...!!!

Friday, September 12, 2008

GERAKAN BELIA 4B KAWASAN CHERAS MENGANJURKAN AKADEMI FUTSAL 4B KAWASAN CHERAS

Kuala Lumpur : Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Cheras dengan kerjasama Kompleks Belia & Sukan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Belia & Sukan Kawasan Cheras akan menganjurkan Akademi Futsal 4B Kawasan Cheras bermula 26 Oktober ini hingga 15 Februari tahun hadapan yang ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM). Antara objektif utama penganjuran ini adalah untuk mmpromosikan program kesihatan anjuran LPKM dan N.A.F.I (National Association of Fitness Instructor) serta agensi - agensi yang berkaitan. Disamping itu juga, menggalakkan amalan kesihatan secara tetap mengikut panduan yang akan diajar kepada peserta akademi ini nanti.
Acara ini akan melibatkan seramai 160 orang peserta terdiri daripada 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita yang melibatkan semua cawangan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Cheras. Aspek - aspek latihan yang akan diadakan adalah seperti ujian kecergasan, latihan fizikal, senam aerobik, latihan futsal oleh jurulatih bertauliah, kelas teori, kejohanan futsal dan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan. Menurut kata pengarah program En. Khairul Hashim "Penganjuran program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik peserta serta bakal - bakal jurulatih khususnya dalam sukan futsal agar lebih profesional dalam menguruskan pasukan khasnya dari segi aspek kesihatan pemain. Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama penuh dari N.A.F.I dan LPKM dalam mengendalikan program ini. Saya amat gembira dengan perkembangan ini dan harapan saya agar program seumpama ini dapat diteruskan dimasa - masa akan datang demi pembangunan sukan futsal dinegara kita." kata beliau.